Layari Portal Rasmi SK Pusat Juasseh 2010. Klik pada gambar di bawah untuk capaian terus.

SK PUSAT JUASSEH

Selamat berhijrah dan selamat maju jaya

>> Monday, June 21, 2010


Pada kesempatan ini, warga SK Pusat Juasseh ingin mengucapkan selamat berhijrah dan selamat maju jaya kepada Pn. Hjh. Sepiah binti Idris yang telah pun berpindah ke Melaka pada 1 Jun 2010. Beliau akan berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Alor Gajah 1 bermula 21 Jun 2010.

Warga SK Pusat Juasseh merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Pn. Hjh. Sepiah kerana beliau merupakan guru bimbingan dan kauseling SK Pusat Juasseh, guru matapelajaran sains dan bahasa inggeris dan di atas khidmat bakti beliau kepada sekolah ini selama beliau berkhidmat sejak tahun 1990.


Warga SK Pusat Juasseh ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan tersalah laku. Semoga Pn. Hjh. Sepiah terus maju dan cemerlang di sekolah baru.

Read more...

Ceramah Awal Remaja di SK Pusat Juasseh

>> Monday, May 3, 2010

Pada 30hb Mac 2010, satu ceramah awal remaja telah di sampaikan oleh wakil daripada LPPKN. Ceramah bermula pada jam 9 pagi dan berakhir sekitar jam 11 pagi.

Baca selanjutnya di AKTIVITI

Read more...

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah di SK Pusat Juasseh

>> Wednesday, March 10, 2010

Pada 12hb. Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sehubungan dengan itu, kepada pelajar-pelajar yang terlibat menjayakan sambutan ini, pelajar diwajibkan memakai baju kurung bagi pelajar perempuan dan memakai baju melayu bagi pelajar lelaki.

Read more...

Kejohanan sukan SK Pusat Juasseh kali ke-24

>> Thursday, February 4, 2010

Pada 11hb. Februari 2010, Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh akan mengadakan Kejohanan sukan SKPJ kali ke-24 di Padang Besar SKPJ. Kejohanan akan bermula pada jam 2.00 petang. Sehubungan dengan itu, semua ibu-bapa/panjaga, alumni SKPJ dan semua warga SKPJ dijemput hadir ke kejohanan tersebut.

Bersama kita memeriahkan kejohanan sukan tahun ini!

Read more...

Keputusan U.P.S.R SK Pusat Juasseh 2009

>> Wednesday, November 18, 2009


TAHNIAH DAN SYABAS!

Pada 19 November 2009 jam 11.30 pagi, keputusan UPSR 2009 SK Pusat Juasseh telah diumumkan oleh Guru Besar Cemerlang SKPJ, Tuan Hj. Mohd Yussof B. Mohammad di dalam dewan besar SKPJ. Seramai 6 orang murid Tahun enam SKPJ telah berjaya memperoleh 5A dan seramai 6 orang murid tahun enam SKPJ memperoleh 4A dan 1B. Tahniah kepada semua pelajar SKPJ kerana kejayaan cemerlang mereka pada U.P.S.R tahun ini.


Murid SKPJ menerima slip keputusan U.P.S.R daripada Guru Besar SKPJ.

Reaksi murid-murid ketika menyatakan perasaan mereka apabila diumumkan mendapat 5A!

Ibu-bapa yang hadir pada hari tersebut turut sama meraikan kejayaan anak-anak mereka.

TAHNIAH SEKALI LAGI DARI WARGA SKPJ

Read more...

Akhbar online anda

beritaharian NST UTUSAN THESTAR HMETRO SINAR KOSMO

Laman interaktif minda

TUTOR EDUWEBTV ZOOMA UPSR

Direktori penting

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP